Tuntutan Waris Sulu | Beri ruang untuk isu tuntutan Kesultanan Sulu diberi penerangan

2022-07-19 1

Adalah penting bagi kerajaan untuk memberi penjelasan tentang tuntutan waris kesultanan Sulu kepada rakyat menerusi Dewan Rakyat.

Menurut Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid usul tergempar yang dibawa ahli Parlimen pembangkang yang ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dielak bagi memastikan urusan di Parlimen boleh bergerak dengan lebih matang.